Pages

Nilai Hantaran

Bismillah.

Rasulullah SAW pernah bersabda: “Salinglah kalian memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai.”(al-Adab al-Mufrad, Hadis No: 594 dengan Sanad yang Hasan)




Gambar di atas sekarang saya tengok, ramai yang share di Facebook. Petikan akhbar ni betul-betul memberi impak ye? Jadi, apa ye pandangan anda lepas lihat gambar di atas?

1. "Ah, tak kawin lah aku camni!"

2. "Kawin dengan orang ade kelulusan UPSR jelah aku"

3. "Kalau gini, dah 30 tahun lebih baru boleh kawin"

4. Perempuan sahaja "Takperlu belajar tinggi-tinggi lah, tak kahwin nanti *sedih*"

5. "Astaghfirullah, siapa buat taraf manusia begini?"


Saya tidak mengatakan ada reaksi yang salah. Tapi, mungkin membezakan taraf itu tidak kena. Bagi saya, tidak ada bezanya dengan menjual telur ayam mengikut gred! Maaf terkasar bahasa.

Bagi mereka yang kurang pasti apakah wang hantaran ini sebenarnye ye?

Wang hantaran bukanlah sesuatu yang wajib diberikan kepada pengantin perempuan tetapi ianya dibenarkan di dalam Islam sebagai bantuan kewangan untuk majlis perkahwinan dengan syarat selagi tidak terlalu melampau.

Yang wajib sebenarnya ialah mas kahwin atau mahar. Malah isteri dibenarkan menolak permintaan suami pada 'malam pertama' sekiranya mahar masih belum diberi.

" Sebaik – baik perempuan adalah yang paling murah maharnya " ( HR. ibnu Hibban, Hakim, Baihaqi, Ahmad )

Islam mengajar kita agak bersederhana. Maka bersederhanalah. Bukankah lebih baik duit yang kita gunakan untuk mahar yang tinggi, hantaran yang tinggi itu untuk membeli keperluan yg lebih penting selepas hidup bersama sebagai keluarga?

Kenapa perlu bermegah dengan mahar/hantaran yg tinggi sedangkan lepas perkahwinan hidup tak seberapa? Renungkan lah. Wallahualam.

1 comment: