Pages

Persediaan Menghadapi Ramadhan

Bismillah.

Hari ini sudah 25 Rejab 1433. Dah tak lama untuk kita umat Islam menghadapi bulan Ramadhan, bulan kita, bulan kita umat Nabi Muhammad s.a.w. "Rejab bulan Allah, Syaaban bulan ku, dan Ramadhan bulan umatku"

Sebagai pembuka tirai blog ini, saya tulis pasal warm up untuk hadapi Ramadhan ye? :)


Sumber : Aku Islam

1. Perbanyakkan bacaan berkaitan Ramadhan

Jangan biarkan kita berada dalam keadaan jahil bila Ramadhan dah tiba. Takthu nak utamakan ibadah apa. Takthu buat apa. Yang lagi teruk, kalau tak thu perkara yang membatalkan puasa serta yang makruh semasa berpuasa. Lebih baik, ambil tahu perkara-perkara sunnah semasa puasa. Kemudian boleh kita teruskan amalan-amalan itu dengan istiqamah. Insya Allah. :)


2. Berpuasa Isnin - Khamis

Mungkin kita tak larat lah selama ini nak setiap minggu berpuasa Isnin dan Khamis. Tapi apa salahnya, tinggal sebulan lebih ni, teruskan setiap minggu Isnin Khamis. :)

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah Rabb al-’Alamin) pada tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa.” - (Hadith Hasan Gharib – Riwayat Tirmizi)



3. Memelihara wudhu

Memelihara wudhu ini banyak kelebihannya, mungkin boleh dicerita dilain kali. Tetapi, bukankah memelihara wudhu itu memudahkan kita melakukan ibadah dan menjauhi maksiat?

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, basuhlah muka dan tangan kamu sampai siku dan sapulah kepala kamu dan basuh kaki kamu hingga keduamata kaki” (Surah al-Maidah ayat 6)



4. Amalan bersedekah

Dari Hakim bin Hizam r.a, katanya, Nabi s.a.w bersabda:”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulailah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Siapa yang memohon dipelihara (agar dia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan siapa yang memohon dicukupkan (agar tidak ada ketergantungan selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.” (Bukhari)


5. Hebahkan kedatangan Ramadhan

Ini mungkin orang kata "Ah, semua orang tahu lahh" Tapi tidak semua ingat untuk melakukan persiapan bukan? Marilah kita hebahkan! Saling mengingati. Bukankah itu lebih baik?


Bukan ini sahaja! Banyak lagi amalan sunnah yang lain yang di dalam gambar, mahupun tidak dapat saya senaraikan. Tak kisah lah apa amalannya. Lakukan dengan ikhlas. Kerana Allah. Pastikan istiqamah. Insya Allah kita dalam lindungan Nya. Amiin.

No comments:

Post a Comment