Pages

Doa Mengelak Lupa

Bismillah.

Adab berdoa :
1. Berwudhuk (suci dari hadas kecil dan besar)
2. Menutup aurat
3. Menghadap Qiblat
4. Dalam keadaan khusyu'
5. Tidak tergesa-gesa
6. Mulakan dengan memuji Allah seperti Alhamdulillah..
7. Berselawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W
8. Membaca dengan penuh penghargaan dan penghayatan
9. Akhirkan dengan selawat dan salam
10. Sebaik-baiknya fahamilah isi kandungan doa itu

Meskipun waktu dan keadaan berdoa sudah dipatuhi, masih ada doa yang tidak dimakbulkan Allah. Ibrahim bin Adham, seorang ahli sufi menjelaskan mengapa doa seseorang masih tidak dimakbulkan Allah. Antaranya ialah:
1. Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
2. Kamu sangka bahawa kamu cintakan Rasulullah, tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
3. Kamu membaca al-Quran, tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4. Kamu makan nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukur-Nya.
5. Kamu berkata bahawa syaitan itu musuh, tetapi kamu tidak menentangnya.
6. Kamu berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Kamu berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8. Kamu berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
9. Kamu bangun daripada tidur, lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.
10. Kamu kebumikan mayat saudara kamu, tetapi tidak mengambil iktibar daripadanya.


1. Doa yang boleh dibaca jika terlupa sesuatu yg penting (cth : semasa peperiksaan) ialah :


Maknanya:
“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak lupa Ya Allah! Peringatkanlah apa yang aku lupa.”


2. Doa untuk mengelak lupa

Maknanya:
" Ya Allah, tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan. Muliakanlah kami, jangan dihina. Berilah buat kami, jangan ditahannya, dan pilihlah kami jangan Engkau biarkan, dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami" (Riwayat al-Tirmizi)

Menurut al-Tirmizi, al-Nasai'i dan al-Hakim, doa ini dibacakan oleh Rasulullah s.a.w sebaik sahaja selesai menerima wahyu. Oleh itu, kita digalakkan membaca doa ini semasa memperoleh ilmu agar dikurniakan keberkatan daripada apa yang telah dipelajari.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment